Friday, February 14, 2014

Minggu 7 ( 10.02.2014 -14.02.2014 )

Tarikh : 10.02.2014                
Hari : Isnin
Mata Pelajaran : Matematik
Masa : 08.15- 08.50 / 08.50 – 09.25 am
Kelas
4K5
Bidang Pembelajaran
Set
Tajuk
Subset, Set Semesta dan Pelengkap bagi suatu set
Hasil Pembelajaran
- Mewakilkan suatu subset dengan menggunakan gambar rajah Venn
-Mewakilkan hubungan suatu set dengan set semesta dengan menggunakan gambar rajah Venn
- Mengenal pasti pelengkap bagi suatu set yang diberi 
Aktiviti
- Guru menggunakan contoh bagi mewakilkan suatu subset dan hubungan suatu set dengan set semesta dengan menggunakan gambar rajah Venn
- Guru juga menggunakan cara mengenal pasti pelengkap bagu suatu set yang diberi
Alat Bantu Mengajar
Buku teks, contoh soalan
Penyerapan Nilai
Bersistematik, berhati-hati
Refleksi
Pelajar dapat menyiapkan latihan yang diberikan dengan bimbingan guru

Tarikh : 11.02.2014                
Hari : Selasa
Mata Pelajaran : Perdagangan
Masa : 9.45 – 10.20 / 10.20 – 10.55 am
Kelas
4K3
Bidang Pembelajaran
Asas Kepada Perdagangan
Bidang Pembelajaran
Unsur Perdagangan
Tajuk
Bantuan Perniagaan
Hasil Pembelajaran
- Menerangkan jenis-jenis bantuan perniagaan
- Mengelaskan fungsi-fungsi bantuan perniagaan
Aktiviti
- Guru memberi penerangan kepada murid-murid tentang jenis-jenis bantuan perniagaan.
- Murid-murid cuba mengelaskan jenis-jenis bantuan perniagaan.
- Seterusnya, mereka membincangkan fungsi-fungsi bantuan perniagaan.
Alat Bantu Mengajar
Buku teks, nota ringkas guru
Penyerapan Nilai
Kepentingan ilmu perdagangan
Refleksi
Pelajar dapat mengenalpasti jenis-jenis bantuan perniagaan dan fungsinya dengan baik

Tarikh : 12.02.2014                
Hari : Rabu
Mata Pelajaran : Matematik
Masa : 09.45- 10.20 / 10.20 – 10.55 am
Kelas
4K5
Bidang Pembelajaran
Set
Tajuk
Subset, Set Semesta dan Pelengkap bagi suatu set
Hasil Pembelajaran
- Mengenal pasti hubungan antara set, subset, set semesta dan pelengkap bagi suatu set 
Aktiviti
- Guru menerangkan cara mengenal pasti hubungan antara set, subset, set semesta dan pelengkap bagi suatu set dengan menggunakan contoh soalan
Alat Bantu Mengajar
Buku teks, contoh soalan
Penyerapan Nilai
Bersistematik, berhati-hati
Refleksi
Pelajar dapat menyiapkan latihan yang diberikan dengan tunjuk ajar guru

Tarikh : 12.02.2014                
Hari : Rabu
Mata Pelajaran : Perdagangan
Masa : 11.30 – 12.05 / 12.05 – 12.40 pm
Kelas
5K3
Bidang Pembelajaran
Insurans
Tajuk
Belian Polisi dan tuntutan ganti rugi
Hasil Pembelajaran
- Mengetahui cara-cara membeli polisi dan membuat tuntutan ganti rugi.
- Menjelaskan  implikasi setiap prinsip insuran ke atas tuntutan ganti rugi.
Aktiviti
- Guru membincangkan cara-cara membeli polisi dan membuat tuntutan ganti rugi.
- Seterusnya, guru juga menjelaskan implikasi setiap prinsip insuran ke atas tuntutan ganti rugi.
Alat Bantu Mengajar
Buku teks, nota ringkas guru
Penyerapan Nilai
Rasional
Refleksi
90% pelajar dapat memahami prosedur membeli polisi dan cara-cara menuntut ganti rugi selepas perbincangan  
Tarikh : 13.02.2014               
Hari : Khamis
Mata Pelajaran : Perdagangan
Masa : 9.45 – 10.20 / 10.20 – 10.55 am
Kelas
4K3
Bidang Pembelajaran
Perniagaan Dalam Negeri
Tajuk
Perniagaan Dalam Negeri
Hasil Pembelajaran
- Menerangkan maksud bagi perniagaan dalam negeri.
- Menjelaskan jenis perniagaan dalam negeri.
Aktiviti
- Guru memberi penerangan kepada murid-murid tentang perniagaan dalam negeri.
 -Guru cuba menjelaskan perniagaan dalam negeri dengan menggunakan  contoh.
- Seterusnya latihan diberikan kepada murid-murid.
Alat Bantu Mengajar
Buku teks, nota ringkas guru
Penyerapan Nilai
Rasional
Refleksi
Pelajar dapat memahami perniagaan dalam negeri dengan memberikan contoh yang betul serta dapat menjawab soalan latihan yang diberikan 

Tarikh : 13.02.2014                
Hari : Khamis
Mata Pelajaran : Matematik
Masa : 12.05 – 12.40 pm
Kelas
4K5
Bidang Pembelajaran
Set
Tajuk
Operasi ke atas Set : Persilangan dan Kesatuan
Hasil Pembelajaran
- Mewakilkan persilangan set dengan menggunakan gambar rajah Venn
- Menyatakan hubungan antara A n B dengan A, A n B dengan B
- Menentukan pelengkap bagi persilangan set  
Aktiviti
- Guru menerangkan persilangan set bagi gambar rajah Venn dengan menggunakan contoh soalan
- Guru juga menyatakan hubungan antara A n B dengan A, A n B dengan B serta pelengkap bagi persilangan set
Alat Bantu Mengajar
Buku teks, contoh soalan
Penyerapan Nilai
Bersistematik, teliti
Refleksi
Pelajar dapat memahami penerangan guru dan seterusnya membuat latihan yang diberikan dengan baik

Tarikh : 14.02.2014                
Hari : Jumaat
Mata Pelajaran : Perdagangan
Masa : 09.40 – 10.10 /
10.10 – 10.40 am
Kelas
5K3
Bidang Pembelajaran
Pengangkutan
Tajuk
Peranan Pengangkutan / Pengangkutan Darat
Hasil Pembelajaran
- Menerangkan peranan dan jenis-jenis pengangkutan iaitu pengangkutan darat.
- Mengenal pasti kelebihan dan kelemahan pengangkutan darat.
Aktiviti
- Guru menerangkan peranan dan jenis pengangkutan kepada murid-murid.
- Murid-murid cuba memberikan contoh bagi jenis-jenis pengangkutan dalam perniagaan.
- Membincangkan juga kelebihan dan kelemahan pengangkutan darat.
Alat Bantu Mengajar
Buku teks, nota ringkas guru
Penyerapan Nilai
Rasional
Refleksi
Pelajar dapat menerangkan semula peranan dan jenis-jenis pengangkutan darat serta kelebihan dan kekurangannya


No comments:

Post a Comment